Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Pelajar DPLI Januari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 26-27 Oktober 2009 di Palm Garden Hotel, Putrajaya
Tajuk 1 : Meningkatkan Penguasaan Bacaan Al-Quran Dikalangan Pelajar Tingkatan 1 Dan 2 Sekolah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur Dengan Menggunakan Kaedah Talaqqi Dan Musyafahah
Pembentang - Masyitah Ulul Azmin, Shamsurena Shamsudin, Siti Hasmiyati Zahari
Tujuan Kajian
Meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah.
Objektif Kajian
1. Meningkatkan peratusan kelulusan ujian tilawah dan hafazan
2. Meningkatkan kemahiran menyebut huruf dengan betul (makhraj huruf)
3. Membantu pelajar membaca dengan lancer
4. Meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenalpasti hukum-hukum tajwid di dalam ayat Al-Quran
5. Meningkatkan penguasaan pelajar membaca al-quran dengan hukum tajwid
Persoalan Kajian
1. Sejauhmanakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah dapat menarik minat pelajar kepada pembelajaran tilawah al-Quran?
2. Adakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah merupakan satu kaedah yang terbaik untuk meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kelancaran, tilawah, dan juga makhraj tilawah?
3. Bagaimanakah naqib (rakan pembimbing) dapat membantu dalam penguasaan al-Quran terhadap mentee melalui perlaksanaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah?
Metodologi Kajian
1. Pemerhatian: Data Awal
- Guru membuat pemerhatian dengan membuat catatan melalui aktiviti membaca Al-Quran semasa P&P. Berdasarkan data yang diperolehi, guru dapat mengenal pasti pelajar yang baik dan lemah dalam pembacaan Al-Quran.
2. Pengumpulan data kajian
- Sesi pertama :
i) Aktiviti talaqqi dalam kumpulan tadarrus
- berdasarkan data awal pelajar yang baik bacaan dilantik menjadi ketua kumpilan tadarus
ii) Ketua mencatat pencapaian pelajar secara rambang tanpa ada ukuran sebenar
3. Refleksi
Sesi kedua : Pelaksanaan Kajian
4. Talaqqi Musyafahah bersama naqib
- seorang naqib untuk seorang pelajar
5. Pengumpulan Data
- borang penilaian naqib
- borang mentee
- pemerhatian - catatan dan rakaman video
6. Analisis data
7. Refleksi
Hasil Kajian
1. Kaedah ini mampu membangkitkan minat murid-murid, di samping mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran tilawah.
2. Murid dilihat dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan guru dan juga naqib.
3. Melalui kaedah ini pelajar dapat memahami secara mendalam dan mengetahui cara bacaan Al-Quran dengan betul.
4. Murid juga dapat mempelajari ilmu al-Quran secara langsung daripada guru dan ini akan mengelakkan murid-murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah.
Penilaian Terhadap Kajian
Pembentangan kajian tindakan yang dibentangkan memberi input yang berkesan kepada saya kerana ternyata kaedah ini sesuai digunakan dalam proses pengajaran untuk tilawah dan bacaan al-Quran. Teknik pengajaran menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah ini sesuai digunakan oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, bukan sahaja untuk mata pelajaran Pendidikan Islam tetapi boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain seperti yang memerlukan pelajar memahami sesuatu konsep, mengingati dan tahu mempraktikkan apa yang difahami. Pelajar akan berinteraksi dalam kumpulan atau interaksi antara individu dalam kumpulan tersebut dengan bantuan guru. Dalam proses ini pelajar digalakkan mengalami sendiri situasi dan masalah dan pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan hafalan.
Tajuk 2 : Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Melalui Kaedah Permainan Di Dalam Kelas 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching.
Pembentang - Nor Zira Bt Shafie (P48688), Norbahariah Bt Baharin (P48665)
Tujuan Kajian
1. Melahirkan pelajar yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan kritis dan memupuk minda kelas pertama
2. Guru juga perlu mengubahsuai atau mengadaptasi kaedah pengajaran sesuai dengan peredaran zaman di mana era globalisasi menjadi tunjang dalam pemikiran generasi masa kini.
3. Kaedah pengajaran yang tidak efektif juga menyebabkan pelajar bersikap pasif, malas berfikir dan tidak berdaya saing
Objektif Kajian
1. Pelajar akan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
2. Pelajar lebih berani dan berkeyakinan untuk memberi pendapat atau jawapan apabila disoal di dalam kelas
3. Pelajar dapat mengurangkan perasaaan malu bertanya terhadap isi pengajaran yang tidak difahami
4. Pelajar dapat memperkembangkan dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam pembelajaran.
Persoalan Kajian
1. Adakah kaedah permainan menggalakkan penglibatan aktif pelajar semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam kelas?
2. Adakah kaedah permainan dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam berinteraksi semasa P&P?
3. Adakah kaedah permainan dapat memperkembangkan aspek kemahiran berfikir secra kreatif dan kritis (KBKK) di kalangan pelajar?
Metodologi
Menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai panduan iaitu gelung 1 : Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan.
Sampel kajian adalah pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menegah Kebangsaan Bandar Rinching.
1. Refleksi awal
i) Masalah yang dikaji dikenalpasti selepas dua kali sesi pengajaran dijalankan.
ii) Refleksi dilakukan daripada markah Ujian Setara 2 Tingkatan 4 yang dijalankan pada bulan Ogos 2009 sebagai instrumen Pre-Test
2. Merancang
i) permainan yang dirancang bola hikmah, dam ular dan permainan dart.
ii) permainan ini akan dijalankan pada bulan Ogos sehingga awal bulan Oktober.
Kemudian kaedah permainan dirancang dan dilaksanakan iaitu bola hikmah, dam ular dan dart.
Bola hikmah Individu
- Muzik dimainkan
- Pelajar yang terakhir memegang bola dikehendaki menjawab soalan yang disediakan
Dam ular Berkumpulan
- Wakil kumpulan membaling dadu
- Setiap petak mengandungi soalan
- Pelajar akan maju petak jika berhenti di petak tangga dan berundur jika berhenti pada petak ular
Dart berkumpulan
- Wakil kumpulan membaling bola dart
- Mata yang diperolehi mewakili markah jika dapat menjawab soalan dengan betul
- 10 mata ditolak jika jawapan salah
Pengumpulan dan penganalisaan data
Pengumpulan data kemudian dilakukan melalui kaedah pre-test, pemerhatian, temubual, soal selidik dan post-test.
• Pre –test
- Ujian Setara 2 Tingkatan 4
– Pelajar lemah dalam bahagian subjektif terutama subjek sains
– Sebahagian besar pelajar meninggalkan ruang kosong pada bahagian subjektif
– Purata markah pelajar yang lulus 40%-45% seramai 7 orang
• Pemerhatian
i) Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
ii) Semasa sesi permainan
a) Sebelum kaedah permainan dijalankan, pelajar lebih gemar diam atau menjawab ‘tidak tahu’ apabila disoal
b) Selepas permainan, pelajar dilihat sudah berani mencuba walaupun kadangkala kurang tepat
c) Pelajar lebih kerap bertanya soalan jika tidak faham
d) Pelajar juga teruja semasa sesi permainan
• Temubual
i) Selepas ketiga-tiga permainan selesai
a) Pelajar berpendapat setiap guru sepatutnya menggunakan kaedah ini bagi setiap mata pelajaran
b) kaedah permainan di dalam kumpulan dapat membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi di dalam kelas
c) Ada pelajar mencadangkan permainan bercorak interaktif
• Soal selidik
i) 35 soalan diedarkan
ii) Julat markah 0-5 (sangat tidak setuju- sangat setuju)
iii) Soalan merangkumi sikap pelajar semasa p & p, kekuatan dan kelemahan kaedah permainan
a) 32 orang pelajar memberi markah 4 (setuju) dengan kaedah permainan yang digunakan
b) Responden bersetuju kaedah permainan dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan meningkatkan keyakinan
• Post-test
i) Ujian Penilaian akhir
a) Pelajar didapati lebih berani menjawab soalan subjektif
b) Peningkatan markah terutama pada subjek Sains kertas 2
Implikasi Kajian
Kajian ini membuktikan bahawa kaedah permainan dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu juga, kaedah yang berpusatkan pelajar akan lebih membantu meningkatkan keyakinan pelajar selain dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Penilaian Terhadap Kajian
Melalui kajian ini, jelaslah kaedah permainan mampu meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas selain memupuk keyakinan diri mereka menjadi sebahagian daripada ahli di dalam kelas tersebut. Kecenderungan pelajar untuk belajar pada kelas-kelas akan datang pastinya akan menjadi lebih baik dan memudahkan guru untuk memberi kesinambungan aktiviti yang berkaitan dengan permainan dan topik-topik baru.
Sabtu, 14 November 2009
Aktiviti 3: Tugasan 3 - Kolokium
Dicatat oleh cikgu Syazwan di 1:22 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan