Sabtu, 12 Disember 2009

Jurnal

Jurnal 1

Jurnal 2

Jurnal 3

The Contribution Of Action Research To Training Teachers In Intercultural Education: A Research In The Field Of Greek Minority Education

Penulis : Kostas Magos

The Effects Of Computer Games On Primary School Students’ Achievement And Motivation In Geography Learning

Penulis : Hakan Tuzun, Meryem Yılmaz-Soylu, Turkan Karakuş, Yavuz İnal, Gonca Kızılkaya

Using Action Research To Teach students To manage team Learning and Improve Teamwork Satisfaction.

Penulis : Brenda Scott-Ladd and Christopher C.A. Chan

Apakah masalah yang dijadikan kajian

Adakah gaya pengajaran guru terhadap pelajar di dalam kelas boleh ditingkatkan menggunakan kajian tindakan dalam konteks pendidikan merentas budaya?

Adakah pencapaian dan motivasi pelajar terhadap subjek Geografi dapat ditingkatkan melalui kaedah permainan komputer?

Apakah strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mambangunkan kemahiran dalam menguruskan kumpulan pembelajaran?

Sample dan Setting Kajian

Sampel kajian

· 9 orang guru (5 lelaki, 4 perempuan)

· Berumur antara 40 hingga 50 tahun

· Semua guru merupakan lepasan Maktab (College Teacher)

· Telah berkerja selama 20 ke 25 tahun sebagai guru

Setting kajian

· Dilakukan di sekolah minoriti yang pelajarnya tidak mempunyai identiti Greek

· Lokasinya di Thrace, utara Negara Greece bersempadan dengan Turkey

· Kebanyakan pelajar di sekolah minoriti ini adalah daripada kawasan Turks, Pomaks dan Roma yang rata-rata penduduknya beragama Islam

Sampel kajian

· Seramai 24 orang pelajar tahun 4 dan 5 terlibat secara sukarela (12 lelaki, 12 perempuan)


Setting kajian

  • Sebuah sekolah swasta (private) di Ankara, Turki

Sampel kajian

· 2 kumpulan pelajar (pra siswazah selama 2 tahun) dari bidang pengurusan

( kumpulan 1 = 196 pelajar) dan (kumpulan 2 = 114 pelajar)

· Semester 1 seramai 196 pelajar

107 orang lelaki dan 89 org perempuan

151 pelajar di Australia dan 45 pelajar di Malaysia

· Semester 2 seramai 114 pelajar

55 orang lelaki dan 59 perempuan

131 pelajar di Australia dan 21 pelajar di Malaysia

Setting Kajian

  • Universiti di Australia dan Malaysia

Bagaimanakah kajian dilakukan (prosedur)

Kaedah kajian kes terhadap 9 orang guru

Dibahagikan kepada 3 kumpulan

i) Kumpulan 1 – 3 orang guru terlibat secara aktif menjalankan eksperimen (experimental group) yang menyertai kursus dalaman berkaitan pendidikan antara budaya selama 2 tahun dan menjalankan kajian tindakan selama 1 tahun dalam tempoh masa yang sama

ii) Kumpulan kawalan 1 – 3 orang guru yang hanya menyertai kursus dalaman berkaitan pendidikan antara budaya selama 2 tahun

iii) Kumpulan kawalan 2 – 3 orang guru tidak terlibat dalam kedua-dua keadaan di atas

Menggunakan Kemmis (1993) spiral model, tiga fasa iaitu merancang, melaksana dan mereflek dijalankan dalam 3 pusingan.

Pusingan 1 - dijalankan selama 2 bulan sebagai masa penyesuaian

Pusingan 2 - dijalankan selama 5 bulan untuk melaksanakan kajian tindakan

Pusingan 3 - dijalankan selama 2 bulan untuk membuat reflek terhadap hasilan kajian

Dijalankan selama 3 minggu, pelajar mempelajari tempat dan nama-nama negara melalui kaedah tradisional dalam minggu pertama dan menerusi permainan komputer Quest Atlantis (QA) ini pada minggu kedua dan ketiga

Minggu pertama - pelajar diberi pengenalan tentang topik kajian ini yang akan dijalankan selama 3 kali, sekali dalam seminggu. Ujian skala pencapaian dan motivasi versi sekolah dijalankan. Kemudian, satu aktiviti orientasi permainan ‘the scavenger hunt’ dijalankan secara berpasangan di makmal komputer. Dalam permainan ini pelajar diajar melayari ruang 3 dimensi, mencari dan menggunakan koordinat dan mengembara di alam maya.


Minggu kedua, ujian pre diberikan kepada pelajar. Kemudian, pelajar secara berpasangan melibatkan diri dalam permainan komputer
Quest Atlantis (QA) yang berkaitan dengan matapelajaran geografi.

Minggu ketiga, permainan diteruskan. Pelajar diberi ujian post. Ujian skala pencapaian dan motivasi versi permainan juga dijalankan. Kemudian, pelajar diberi empat soalan terbuka berdasarkan instrumen penggunaan kertas.

Akhir sekali, penulis menemu bual dengan dua orang pemain.

Mengunakan Model Town et al. (2000) dan Kuit et al. (2001)

2 kelas pelajar tahun 2 pra siswazah selama 2 tahun

Data dikumpul pada permulaan dan penghujung bengkel 1 semester ( 16 minggu) dengan 13 minggu berhubungan

Awal semester - mengenalpasti kelemahan dan kekuatan individu yang termasuk dalam kumpulan

Memikirkan peranan, penglibatan dan peringkat perkembangan kumpulan

Akhir semester: Maklum balas kepuasan prestasi kumpulan dan konflik pengurusan selepas penyertaan

Semester 1: 196 pelajar - 107 orang lelaki dan 89 org perempuan (151 pelajar di Australia dan 45 pelajar di Malaysia)

Semester 2: 114 pelajar - 55 orang lelaki dan 59 perempuan (131 pelajar di Australia dan 21 pelajar di Malaysia)

Semester 3: 114 orang (55 lelaki dan 59 perempuan)

Semester 4: 99 orang (46 lelaki dan 53 perempuan)

Skala: 1 sangat negatif, 3 neutral @ tidak pasti dan 5 sangat positif

Pelajar diberi nombor rahsia yang berturutan secara rawak

Pelajar dibenar menyimpan salinan jawapan mereka dan membuat perbandingan dengan agregat kelas serta pelajar lain.

Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data

Teknik Pengumpulan Data

i) pemerhatian

pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian sepanjang proses kajian tindakan ini berlaku ke atas 9 orang guru terlibat. Semua dapatan direkod secara bertulis oleh pengkaji.

ii) Temubual

melalui kaedah temubual (kualitatif) di setiap pusingan, pengkaji membuat rumusan terhadap hasil dapatan

Teknik Pengumpulan Data

Kaedah kuantitatif

Ujian pencapaian (pre dan post) yang mengandungi 17 soalan pelbagai pilihan dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada minggu pertama dan minggu ketiga.

Ujian motivasi pula mengandungi 17 item untuk mengukur motivasi intrinsik dan 13 item untuk mengukur motivasi ekstrinsik.

Kaedah kualitatif

Pemerhatian dengan disokong oleh rakaman audio dan gambar

Temubual - Empat soalan terbuka diberi kepada pelajar selepas sesi pembelajaran dan dua orang pemain perempuan ditemu bual secara tidak formal pada akhir sesi minggu ketiga

Analisis data

Teknik Pengumpulan Data

Pengumpulan data dibuat dalam tempoh 16 minggu dari awal hingga akhir semester untuk mengetahui apakah kekuatan dan kelemahan pelajar yang dibawa dalam kumpulan dan strategi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kerja secara kumpulan.

Pengumpulan data adalah secara soal selidik melalui soalan-soalan berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kumpulan.

Pengukuran data pertama: 56 perkara

  • 15 perkara mengikut versi Rahim (1983) iaitu penguasaan, kerjasama, pengekalan, penyesuaian dan kompromi (kata sepakat)
  • Pelajar yang berkumpulan versus individu diukur menggunakan 5 perkara
  • Kerjasama versus bebas diukur dengan mengunakan 2 skala dan 8 perkara mengkut Barnes dan Owens (1992)
  • Kaedah pembelajaran 8 perkara berpasangan mengikut Kolb dalam Lussier dan Paulos.
  • Kecenderungan seperti selia, buat, rasa dan fikir
  • 5 soalan demografik

Pengukuran data kedua:

  • Kebebasan, Kolektif dan kerjasama telah diganti dengan peranan sifat
  • 5 soalan setiap satu: Pandangan individu mengenai kepimpinan, komunikasi, interpersonal, keupayaan menyelesaikan masalah dan aspirasi.
  • Soalan demografik akhir tahun: 13 perkara mengenai kepuasan pelahar dan konflik pengurusan


Analisis data

  • Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk Cronbach Alpa Benchmark, t-test dan korelasi.
  • Penghuraian hasil kajian adalah terhad kerana mempunyai 56 item yang mana setiap item menghasilkan dapatan yang pelbagai

Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian

Hasil temubual dan pemerhatian diberikan dalam bentuk pernyataan.

Pusingan 1

  • guru-guru dari ketiga-tiga kumpulan tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya baru di sekolah berkenaan
  • guru daripada kumpulan 1 meragui kejayaan kajian tindakan yang dijalankan.

Pusingan 2

  • guru-guru daripada kumpulan 1 mula menyesuaikan diri dan menjalankan pelbagai kaedah pembelajaran sebagai perolehan kajian tindakan mereka
  • guru-guru kumpulan 2 dan 3 menjalankan pengajaran seperti biasa

Pusingan 3

  • guru daripada kumpulan 1 membuat refleksi terhadap dapatan kajian mereka di dalam kelas berkaitan projek pendidikan merentas budaya ini menunjukkan penerimaan positif pelajar, ibubapa dan masyarakat sekitar
  • guru kumpulan 2 menyatakan kawasan persekitaran luar sekolah boleh mempengaruhi pencapaian pelajar iaitu masyarakat itu sendiri termasuklah keluarga
  • guru kumpulan 3 memberikan respon bahawa kegagalan pelajar adalah normal bagi etnik dan identiti budaya mereka (minoriti)

Kajian dipaparkan dalam bentuk laporan/penerangan

Permainan komputer (ICT) boleh digunakan dalam menarik dan meningkatkan minat pelajar serta membantu mereka lebih memahami matapelajaran geografi.

Selain itu, kaedah permainan komputer mampu menjadikan suasana pembelajaran mereka menyeronokkan dan seterusnya meningkatkan gred pencapaian serta motivasi pelajar

Kajian dipaparkan dalam bentuk Jadual

Keputusan menunjukkan apabila pelajar diajar untuk menguruskan proses kerjasama dan tanggungjawab dalam pengurusan konflik dan hubungan antara pasukan, didapati konflik dan hubungan sosial berkurangan dan berpuas hati dengan hasil pembelajaran.

[gb5023kt-a] kelas 12-12-09: Aktiviti 4: Tugasan Mini KT

rujuk aktiviti 6,7, 8, 9, & 13 kelas 22-11-09.

[gb5023kt-a] kelas 12-12-09: Aktiviti 3: Ulasan Kolokium

Berdasarkan kolokium

1. Bentangkan 2 kajian tindakan dalam kolokium yang telah dihadiri.
2. Fokuskan kepada prosedur kajian tindakan.
3. Apakah penilaian anda terhadap kajian-kajian tersebut.
4. Bentang dan laporkan dalam blog

[gb5023kt-a] kelas 12-12-09: Aktiviti 2: Ulasan

Berdasarkan 3 jurnal setiap orang yang telah dibaca,

• BAGAIMANA kajian tindakan dilakanakan oleh 3 penulis yang berberlainan.
• Apakah persamaan dan perbezaan?
• Bagaimana anda melakukan kajian tindakan anda berdasarkan JURNAL dan buku yang telah anda baca
• Bentang dan laporkan dalam blog

[gb5023kt-a] kelas 12-12-09: Aktiviti 1: Ulasan Buku

Pembentangan difokuskan kepada prosedur KAJIAN tindakan.

• Bagaimana kajian tindakan boleh dilaksanakan ?
• Kaitkan dengan tugasan mini kt.
• bentang dan lapor dalam blog.

Jumaat, 4 Disember 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 Mini KT

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:

1. Apakah teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah (http://tip.psychology.org/theories.html)
2. Bina kerangka teoritikal/ konseptual / operasional kajian
3. Mesti selaras dengan pernyataan masalah dan tujuan/ objektif/ soalan kajian.

1. TEORI KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia dan telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.
Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.

Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dia bina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Ciri pembelajaran secara konstruktivisme
1. Pembelajaran berpusatkan murid.
2. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran.
3. Guru sebagai fasilitator.
4. Pembelajaran sebagai satu proses yang pembelajaran.
5. Menyokong pembelajaran secara koperatif.
6. Menggalakkan dan menerima daya usaha murid..
7. Memberi peluang kepada murid untuk membina memahaminya melalui penglibatan murid sebenar.
8.Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experiment
10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
11. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
12. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan


2.TEORI KONTEKSTUAL

Pengajaran kontekstual membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan dengan situasi sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah dan bagaimana pengetahuan ini digunakan dalam kehidupan mereka sebagai warganegara dalam masyarakat. Dalam kaedah ini guru hanya bertindak sebagai pengelola kelas yang membantu pelajar dalam mendapatkan penemuan beru. Proses pembelajaran juga lebih kepada pemusatan pelajar dan bukan pemusatan guru.

Dalam teori ini, guru digalakkan untuk:
1) Mengkaji konsep atau teori yang akan dipelajari oleh pelajar.
2) Memahami latar belakang dan pengalaman hidup pelajar melalui proses kajian.
3) Mengenalpsti kawasan sekolah dan tempat tinggal pelajar yang boleh dikaitkan dengan konsep atau teori pembelajaran kontekstual.
4) Merancang pengajaran dengan mengkaitkan konsep atau teori yang dipelajari dengan mengaitkan pengalaman yang dimiliki pelajar dan pengalaman hidup mereka.
5) Melaksanakan penilaian terhadap pemahaman pelajar, dimana hasilnya nanti dijadikan bahan refeksi terhadap rancangan pembelajaran dan pengajaran.
Pelajar akan menemukan perkaitan bermakna antara idea-idea abstrak dengan aplikasi dalam dunia sebenar, di mana konsep dipelajari, diperkukuhkan dan dibuat perkaitan. Dalam pengajaran kontekstual terdapat lima teknik pembelajaran yang boleh digunakan iaitu strategi REACT.

Antara contoh pengajaran kontekstual termasuklah :
• Pembelajaran berasaskan aktiviti
• Pembelajaran eksperiential
• Sesi hands-on dan minds-on (melakukan dan berfikir)
• Seminar
• Bengkel dan program di mana pelajar melakukan sendiri projek bagi mendorong naluri ingin tahu pelajar serta menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada mereka.
• Konstruktivisme (constructivism)
• Menemukan (Inquiry)
• Bertanya (Questioning)
• Masyarakat-belajar (Learning Community)
• Pemodelan (modeling)
• Refleksi (reflection)
• Penilaian yang sebenarnya (Authentic

3. KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Strategi pemusatan pelajar ini bermaksud pelajar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di mana pelajar bertanggungjawab terhadap apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Pengajaran di mana tumpuan diberikan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran antara guru dan pelajar.
Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar.

Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam akriviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif serta kritis.

Dalam strategi ini guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjawab terhadap pelajar dengan memantau aktiviti yang dijalankan. Guru juga bertindak secara autoritatif dengan mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar. Strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembangkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan. Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuari penemuan. Contoh strategi pemusatan pelajar ialah induktif, lakonan, permainan, main peranan, simulasi koperatif, dan sebagainya.

Ciri-ciri strategi pemusatan pelajar :
• Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
• Pemindahan pembelajaran berlaku
• Komunikasi dua hala
• Naluri ingin tahu dikembangkan
• Kepimpinan bercorak demokratik
• Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek
• Disiplin tidak terkawal
• Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid
• Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri
• Murid lebih kreatif
• Sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolong-menolong

Aktiviti 11: Tugasan 2: jurnal

Berdasarkan 3 jurnal
i) Apa penyataan masalah dalam kajian?
ii) Bagaimana mereka melapor penyataan masalah


Jurnal 1

The Contribution Of Action Research To Training Teachers In Intercultural Education: A Research In The Field Of Greek Minority Education

Penulis : Kostas Magos

Kajian berkaitan gaya pengajaran guru terhadap pelajar (minoriti) di dalam kelas boleh ditingkatkan menggunakan kajian tindakan dalam konteks pendidikan merentas budaya


Jurnal 2

The Effects Of Computer Games On Primary School Students’ Achievement And Motivation In Geography Learning

Penulis : Hakan Tuzun, Meryem Yılmaz-Soylu, Turkan Karakuş, Yavuz İnal, Gonca Kızılkaya

Kajian ini mengukur pencapaian dan motivasi pelajar terhadap subjek Geografi yang dapat ditingkatkan melalui kaedah permainan komputer


Jurnal 3

Using Action Research To Teach students To manage team Learning and Improve Teamwork Satisfaction.

Penulis : Brenda Scott-Ladd and Christopher C.A. Chan

Kajian ini cuba melihat strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mambangunkan kemahiran dalam menguruskan kumpulan pembelajaran

Aktiviti 12 Permurnian

Tajuk kajian : " Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "

a. Matlamat Kajian Tindakan

Meningkatkan kefahaman dan merangsang daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

b. Objektif Kajian Tindakan

1. Mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar
2. Mencungkil daya kreativiti pelajar dalam mengeluarkan idea
3. Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan gambar foto dalam pengajaran dan pembelajaran.


c. Bentuk Soalan Kajian

1. Bagaimanakah gambar foto dapat meransang daya berfikir pelajar dalam mengeluarkan idea?
2. Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian gambar?

Aktiviti 10: Tugasan 1: buku

Berdasarkan buku yang anda baca, bincang tentang "mengenalpasti masalah kajian tindakan.


Tajuk Buku : Action Research for Teachers, Second Edition
Penulis : Mary Louise Holly, Joanne Arhar, Wendy Kasten
Penerbit : PEARSON, Merril Prentice Hall
Tahun Terbitan : 2005

Dalam mengenalpasti masalah kajian tindakan, buku ini mencadangkan

Menjadikan sikap ingin tahu ke soalan kajian

- menimbulkan perasaan ingin tahu tentang sesuatu perkara kepada soalan-soalan yang boleh dimulakan dengan kajian sendiri seperti apa. mengapa, bagaimana dan lain-lain

- berdasarkan pengetahuan sedia ada, mungkin timbul perasaan tidak kepuasan hati terhadap sesuatu perkara atau sekiranya sesuatu itu boleh dilakukan dengan lebih efektif

- Habermas (1972) menyatakan persoalan timbul daripada 3 asas pengetahuan iaitu
i) minat secara teknikal terhadap sesuatu perkara yang berlaku,
ii) keperluan praktikal untuk memahaminya, dan
iii) pertimbangan yang kritikal berkaitan sosial, kebudayaan, politik, dan realiti ekonomi yang membentuk konteks pengajaran kita


- Terdapat banyak cara untuk menjadikan perasaan ingin tahu kepada penerokaan (permasalahan kajian)

i) satu hasrat/keinginan untuk memahami
( “I wonder why .... isn’t working?” )

ii) rasa ketidakpuasan hati
( “We don’t live democratically in this classroom!” )

iii) keprihatinan
( “This is an impoverished reading program. I wonder what we could do?” )

iv) cabaran atau masalah yang timbul
( “ How can I help students to learn?” )

v) isu
( “What are the consequences of the testing program at my school on our first grader?” )

(Bab 8, m/s 83-95)

Sabtu, 21 November 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 – KT mini

Tajuk kajian : " Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "

a. Matlamat Kajian Tindakan

- Menarik minat dan meransang daya imaginasi pelajar dalam mengeluarkan idea dan meningkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dalam kelas.

b. Objektif Kajian Tindakan

- Menilai tahap kreativiti pelajar dalam mengelurakan idea

- Meneroka tahap imaginasi pelajar

c. Bentuk Soalan Kajian

- Bagaimanakah gambar foto dapat meransang daya imaginasi pelajar dalam meningkatkan daya berfikir pelajar?

Aktiviti 8: Tugasan 4 – KT mini

Tajuk kajian : " Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran tersebut:

Pengalaman / refleksi secara individu

i) Bagi mengatasi masalah tersebut banyak cara boleh digunakan antaranya ialah penggunaan gambar foto dalam P & P dimana dengan teknik ini pelajar akan lebih mudah untuk mengingat dan mudah faham.
ii) Pengunaan foto ini dapat menggambarkan situasi sebenar bagi menerangkan isi pengajaran yang akan di ajar
iii) Rancang pengurusan masa yang lebih teratur supaya masa pengajaran dapat dijimatkan.
iv) Gambar perlu ditunjukkan dalam pelbagai sudut supaya pelajar dapat melihat gambaran keseluruhan objek tersebut walaupun ianya adalah gambar tetap dan tidak bergerak.
v) Gambar yang disusun secara berturutan dapat memberikan kesan gerak yang baik dalam meningkatkan daya efektif proses P & P.

Aktiviti 7: Tugasan 4 – KT mini

Tajuk kajian : " Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "

Kelemahan subjek

Perdagangan & Keusahawanan

Pengalaman / refleksi secara individu

i) Memerlukan penerangan yang mendalam dalam proses penubuhan sesuatu entiti perniagaan seperti undang-undang dan jenis borang
ii) sesi pengajaran bercorak tradisional/kuliah kerana hanya berpusatkan guru
iii) pelajar sukar untuk mengingat fakta dan teori berkaitan perniagaan


Pengalaman / refleksi dalam pasukan

i) pelajar tidak dapat menggambarkan situasi sebenar berkaitan hal-hal perniagaan/perdagangan

Aktiviti 6: Tugasan 4 – KT mini

Tajuk kajian : " Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "

Kekuatan subjek

Perdagangan & Keusahawanan

Pengalaman / refleksi secara individu

i) kandungan matapelajaran Perdagangan boleh dikait dan diaplikasikan dalam kehidupan seperti aktiviti berniaga pada hari kantin
ii) guru dapat memberikan contoh kepada pelajar berdasarkan realiti keadaan di sekeliling daripada sumber yang banyak seperti suratkhabar, berita di televisyen
iii) pelajar dapat belajar melalui pengalaman mereka semasa cuti sekolah


Pengalaman / refleksi dalam pasukan

i) Interaksi sosial/networking dapat dibentuk melalui subjek ini apabila para pelajar bekerjasama semasa menjalankan aktiviti jual beli semasa hari sukan sekolah.

Sabtu, 14 November 2009

Aktiviti 5 – Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini KT

1. MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan

* Mengembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenalpasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
* Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran.
* Membina pembeharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri.
* Mengembangkan idea-idea sediada dan menghasilkan idea-idea baru.
* Menjadi agen perubahan dengan memebuat refleksi dan menganalisis kekeuatan dan kelemahan diri.
* Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman, boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja.


2. Mengapa mini kajian tindakan "Penggunaan Gambar Foto dalam Pengajaran & Pembelajaran" dipilin?

- Gambar foto memerlukan kos yang murah dan senang untuk diperolehi
- Mudah digunakan
- Menjimatkan kos dan masa
- Boleh digunakan dalam pelbagai kaedah samada pengajaran secara beramai-ramai, pengajaran kendiri dan juga pengajaran secara berkumpulan.

Aktiviti 4: Tugasan 4 Mini KT

Cadangan Tajuk Mini Kajian Tindakan

Tajuk mini kajian tindakan yang akan dijalankan oleh kumpulan kami ialah :
" Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "

Peserta kajian : 30 orang pelajar Tingkatan 4

Setting kajian : Bilik darjah

Ahli kumpulan pengkaji :

1) Mohd Padil Bin Mat Saad
2) Yuhaibibah Binti Yusoff
3) Syazwan Bin Abd. Jalani

Aktiviti 3: Tugasan 3 - Kolokium

Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Pelajar DPLI Januari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 26-27 Oktober 2009 di Palm Garden Hotel, Putrajaya


Tajuk 1 : Meningkatkan Penguasaan Bacaan Al-Quran Dikalangan Pelajar Tingkatan 1 Dan 2 Sekolah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur Dengan Menggunakan Kaedah Talaqqi Dan Musyafahah

Pembentang - Masyitah Ulul Azmin, Shamsurena Shamsudin, Siti Hasmiyati Zahari

Tujuan Kajian

Meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah.

Objektif Kajian

1. Meningkatkan peratusan kelulusan ujian tilawah dan hafazan
2. Meningkatkan kemahiran menyebut huruf dengan betul (makhraj huruf)
3. Membantu pelajar membaca dengan lancer
4. Meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenalpasti hukum-hukum tajwid di dalam ayat Al-Quran
5. Meningkatkan penguasaan pelajar membaca al-quran dengan hukum tajwid

Persoalan Kajian

1. Sejauhmanakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah dapat menarik minat pelajar kepada pembelajaran tilawah al-Quran?
2. Adakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah merupakan satu kaedah yang terbaik untuk meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kelancaran, tilawah, dan juga makhraj tilawah?
3. Bagaimanakah naqib (rakan pembimbing) dapat membantu dalam penguasaan al-Quran terhadap mentee melalui perlaksanaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah?

Metodologi Kajian

1. Pemerhatian: Data Awal

- Guru membuat pemerhatian dengan membuat catatan melalui aktiviti membaca Al-Quran semasa P&P. Berdasarkan data yang diperolehi, guru dapat mengenal pasti pelajar yang baik dan lemah dalam pembacaan Al-Quran.

2. Pengumpulan data kajian

- Sesi pertama :

i) Aktiviti talaqqi dalam kumpulan tadarrus
- berdasarkan data awal pelajar yang baik bacaan dilantik menjadi ketua kumpilan tadarus

ii) Ketua mencatat pencapaian pelajar secara rambang tanpa ada ukuran sebenar

3. Refleksi

Sesi kedua : Pelaksanaan Kajian

4. Talaqqi Musyafahah bersama naqib
- seorang naqib untuk seorang pelajar

5. Pengumpulan Data

- borang penilaian naqib
- borang mentee
- pemerhatian - catatan dan rakaman video

6. Analisis data

7. Refleksi

Hasil Kajian

1. Kaedah ini mampu membangkitkan minat murid-murid, di samping mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran tilawah.
2. Murid dilihat dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan guru dan juga naqib.
3. Melalui kaedah ini pelajar dapat memahami secara mendalam dan mengetahui cara bacaan Al-Quran dengan betul.
4. Murid juga dapat mempelajari ilmu al-Quran secara langsung daripada guru dan ini akan mengelakkan murid-murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah.

Penilaian Terhadap Kajian

Pembentangan kajian tindakan yang dibentangkan memberi input yang berkesan kepada saya kerana ternyata kaedah ini sesuai digunakan dalam proses pengajaran untuk tilawah dan bacaan al-Quran. Teknik pengajaran menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah ini sesuai digunakan oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, bukan sahaja untuk mata pelajaran Pendidikan Islam tetapi boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain seperti yang memerlukan pelajar memahami sesuatu konsep, mengingati dan tahu mempraktikkan apa yang difahami. Pelajar akan berinteraksi dalam kumpulan atau interaksi antara individu dalam kumpulan tersebut dengan bantuan guru. Dalam proses ini pelajar digalakkan mengalami sendiri situasi dan masalah dan pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan hafalan.


Tajuk 2 : Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Melalui Kaedah Permainan Di Dalam Kelas 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching.

Pembentang - Nor Zira Bt Shafie (P48688), Norbahariah Bt Baharin (P48665)

Tujuan Kajian

1. Melahirkan pelajar yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan kritis dan memupuk minda kelas pertama
2. Guru juga perlu mengubahsuai atau mengadaptasi kaedah pengajaran sesuai dengan peredaran zaman di mana era globalisasi menjadi tunjang dalam pemikiran generasi masa kini.
3. Kaedah pengajaran yang tidak efektif juga menyebabkan pelajar bersikap pasif, malas berfikir dan tidak berdaya saing

Objektif Kajian

1. Pelajar akan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
2. Pelajar lebih berani dan berkeyakinan untuk memberi pendapat atau jawapan apabila disoal di dalam kelas
3. Pelajar dapat mengurangkan perasaaan malu bertanya terhadap isi pengajaran yang tidak difahami
4. Pelajar dapat memperkembangkan dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam pembelajaran.

Persoalan Kajian

1. Adakah kaedah permainan menggalakkan penglibatan aktif pelajar semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam kelas?
2. Adakah kaedah permainan dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam berinteraksi semasa P&P?
3. Adakah kaedah permainan dapat memperkembangkan aspek kemahiran berfikir secra kreatif dan kritis (KBKK) di kalangan pelajar?

Metodologi

Menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai panduan iaitu gelung 1 : Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan.

Sampel kajian adalah pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menegah Kebangsaan Bandar Rinching.

1. Refleksi awal

i) Masalah yang dikaji dikenalpasti selepas dua kali sesi pengajaran dijalankan.
ii) Refleksi dilakukan daripada markah Ujian Setara 2 Tingkatan 4 yang dijalankan pada bulan Ogos 2009 sebagai instrumen Pre-Test

2. Merancang

i) permainan yang dirancang bola hikmah, dam ular dan permainan dart.
ii) permainan ini akan dijalankan pada bulan Ogos sehingga awal bulan Oktober.

Kemudian kaedah permainan dirancang dan dilaksanakan iaitu bola hikmah, dam ular dan dart.

Bola hikmah Individu
- Muzik dimainkan
- Pelajar yang terakhir memegang bola dikehendaki menjawab soalan yang disediakan

Dam ular Berkumpulan
- Wakil kumpulan membaling dadu
- Setiap petak mengandungi soalan
- Pelajar akan maju petak jika berhenti di petak tangga dan berundur jika berhenti pada petak ular

Dart berkumpulan
- Wakil kumpulan membaling bola dart
- Mata yang diperolehi mewakili markah jika dapat menjawab soalan dengan betul
- 10 mata ditolak jika jawapan salah


Pengumpulan dan penganalisaan data

Pengumpulan data kemudian dilakukan melalui kaedah pre-test, pemerhatian, temubual, soal selidik dan post-test.

• Pre –test
- Ujian Setara 2 Tingkatan 4

– Pelajar lemah dalam bahagian subjektif terutama subjek sains
– Sebahagian besar pelajar meninggalkan ruang kosong pada bahagian subjektif
– Purata markah pelajar yang lulus 40%-45% seramai 7 orang

• Pemerhatian
i) Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
ii) Semasa sesi permainan

a) Sebelum kaedah permainan dijalankan, pelajar lebih gemar diam atau menjawab ‘tidak tahu’ apabila disoal
b) Selepas permainan, pelajar dilihat sudah berani mencuba walaupun kadangkala kurang tepat
c) Pelajar lebih kerap bertanya soalan jika tidak faham
d) Pelajar juga teruja semasa sesi permainan

• Temubual
i) Selepas ketiga-tiga permainan selesai

a) Pelajar berpendapat setiap guru sepatutnya menggunakan kaedah ini bagi setiap mata pelajaran
b) kaedah permainan di dalam kumpulan dapat membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi di dalam kelas
c) Ada pelajar mencadangkan permainan bercorak interaktif

• Soal selidik
i) 35 soalan diedarkan
ii) Julat markah 0-5 (sangat tidak setuju- sangat setuju)
iii) Soalan merangkumi sikap pelajar semasa p & p, kekuatan dan kelemahan kaedah permainan

a) 32 orang pelajar memberi markah 4 (setuju) dengan kaedah permainan yang digunakan
b) Responden bersetuju kaedah permainan dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan meningkatkan keyakinan

• Post-test
i) Ujian Penilaian akhir

a) Pelajar didapati lebih berani menjawab soalan subjektif
b) Peningkatan markah terutama pada subjek Sains kertas 2


Implikasi Kajian

Kajian ini membuktikan bahawa kaedah permainan dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu juga, kaedah yang berpusatkan pelajar akan lebih membantu meningkatkan keyakinan pelajar selain dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.


Penilaian Terhadap Kajian

Melalui kajian ini, jelaslah kaedah permainan mampu meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas selain memupuk keyakinan diri mereka menjadi sebahagian daripada ahli di dalam kelas tersebut. Kecenderungan pelajar untuk belajar pada kelas-kelas akan datang pastinya akan menjadi lebih baik dan memudahkan guru untuk memberi kesinambungan aktiviti yang berkaitan dengan permainan dan topik-topik baru.