Sabtu, 21 November 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 – KT mini

Tajuk kajian : " Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "

a. Matlamat Kajian Tindakan

- Menarik minat dan meransang daya imaginasi pelajar dalam mengeluarkan idea dan meningkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dalam kelas.

b. Objektif Kajian Tindakan

- Menilai tahap kreativiti pelajar dalam mengelurakan idea

- Meneroka tahap imaginasi pelajar

c. Bentuk Soalan Kajian

- Bagaimanakah gambar foto dapat meransang daya imaginasi pelajar dalam meningkatkan daya berfikir pelajar?

Aktiviti 8: Tugasan 4 – KT mini

Tajuk kajian : " Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran tersebut:

Pengalaman / refleksi secara individu

i) Bagi mengatasi masalah tersebut banyak cara boleh digunakan antaranya ialah penggunaan gambar foto dalam P & P dimana dengan teknik ini pelajar akan lebih mudah untuk mengingat dan mudah faham.
ii) Pengunaan foto ini dapat menggambarkan situasi sebenar bagi menerangkan isi pengajaran yang akan di ajar
iii) Rancang pengurusan masa yang lebih teratur supaya masa pengajaran dapat dijimatkan.
iv) Gambar perlu ditunjukkan dalam pelbagai sudut supaya pelajar dapat melihat gambaran keseluruhan objek tersebut walaupun ianya adalah gambar tetap dan tidak bergerak.
v) Gambar yang disusun secara berturutan dapat memberikan kesan gerak yang baik dalam meningkatkan daya efektif proses P & P.

Aktiviti 7: Tugasan 4 – KT mini

Tajuk kajian : " Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "

Kelemahan subjek

Perdagangan & Keusahawanan

Pengalaman / refleksi secara individu

i) Memerlukan penerangan yang mendalam dalam proses penubuhan sesuatu entiti perniagaan seperti undang-undang dan jenis borang
ii) sesi pengajaran bercorak tradisional/kuliah kerana hanya berpusatkan guru
iii) pelajar sukar untuk mengingat fakta dan teori berkaitan perniagaan


Pengalaman / refleksi dalam pasukan

i) pelajar tidak dapat menggambarkan situasi sebenar berkaitan hal-hal perniagaan/perdagangan

Aktiviti 6: Tugasan 4 – KT mini

Tajuk kajian : " Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "

Kekuatan subjek

Perdagangan & Keusahawanan

Pengalaman / refleksi secara individu

i) kandungan matapelajaran Perdagangan boleh dikait dan diaplikasikan dalam kehidupan seperti aktiviti berniaga pada hari kantin
ii) guru dapat memberikan contoh kepada pelajar berdasarkan realiti keadaan di sekeliling daripada sumber yang banyak seperti suratkhabar, berita di televisyen
iii) pelajar dapat belajar melalui pengalaman mereka semasa cuti sekolah


Pengalaman / refleksi dalam pasukan

i) Interaksi sosial/networking dapat dibentuk melalui subjek ini apabila para pelajar bekerjasama semasa menjalankan aktiviti jual beli semasa hari sukan sekolah.

Sabtu, 14 November 2009

Aktiviti 5 – Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini KT

1. MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan

* Mengembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenalpasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
* Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran.
* Membina pembeharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri.
* Mengembangkan idea-idea sediada dan menghasilkan idea-idea baru.
* Menjadi agen perubahan dengan memebuat refleksi dan menganalisis kekeuatan dan kelemahan diri.
* Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman, boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja.


2. Mengapa mini kajian tindakan "Penggunaan Gambar Foto dalam Pengajaran & Pembelajaran" dipilin?

- Gambar foto memerlukan kos yang murah dan senang untuk diperolehi
- Mudah digunakan
- Menjimatkan kos dan masa
- Boleh digunakan dalam pelbagai kaedah samada pengajaran secara beramai-ramai, pengajaran kendiri dan juga pengajaran secara berkumpulan.

Aktiviti 4: Tugasan 4 Mini KT

Cadangan Tajuk Mini Kajian Tindakan

Tajuk mini kajian tindakan yang akan dijalankan oleh kumpulan kami ialah :
" Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "

Peserta kajian : 30 orang pelajar Tingkatan 4

Setting kajian : Bilik darjah

Ahli kumpulan pengkaji :

1) Mohd Padil Bin Mat Saad
2) Yuhaibibah Binti Yusoff
3) Syazwan Bin Abd. Jalani

Aktiviti 3: Tugasan 3 - Kolokium

Laporan Pembentangan Kajian Tindakan Pelajar DPLI Januari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 26-27 Oktober 2009 di Palm Garden Hotel, Putrajaya


Tajuk 1 : Meningkatkan Penguasaan Bacaan Al-Quran Dikalangan Pelajar Tingkatan 1 Dan 2 Sekolah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur Dengan Menggunakan Kaedah Talaqqi Dan Musyafahah

Pembentang - Masyitah Ulul Azmin, Shamsurena Shamsudin, Siti Hasmiyati Zahari

Tujuan Kajian

Meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah.

Objektif Kajian

1. Meningkatkan peratusan kelulusan ujian tilawah dan hafazan
2. Meningkatkan kemahiran menyebut huruf dengan betul (makhraj huruf)
3. Membantu pelajar membaca dengan lancer
4. Meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenalpasti hukum-hukum tajwid di dalam ayat Al-Quran
5. Meningkatkan penguasaan pelajar membaca al-quran dengan hukum tajwid

Persoalan Kajian

1. Sejauhmanakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah dapat menarik minat pelajar kepada pembelajaran tilawah al-Quran?
2. Adakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah merupakan satu kaedah yang terbaik untuk meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kelancaran, tilawah, dan juga makhraj tilawah?
3. Bagaimanakah naqib (rakan pembimbing) dapat membantu dalam penguasaan al-Quran terhadap mentee melalui perlaksanaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah?

Metodologi Kajian

1. Pemerhatian: Data Awal

- Guru membuat pemerhatian dengan membuat catatan melalui aktiviti membaca Al-Quran semasa P&P. Berdasarkan data yang diperolehi, guru dapat mengenal pasti pelajar yang baik dan lemah dalam pembacaan Al-Quran.

2. Pengumpulan data kajian

- Sesi pertama :

i) Aktiviti talaqqi dalam kumpulan tadarrus
- berdasarkan data awal pelajar yang baik bacaan dilantik menjadi ketua kumpilan tadarus

ii) Ketua mencatat pencapaian pelajar secara rambang tanpa ada ukuran sebenar

3. Refleksi

Sesi kedua : Pelaksanaan Kajian

4. Talaqqi Musyafahah bersama naqib
- seorang naqib untuk seorang pelajar

5. Pengumpulan Data

- borang penilaian naqib
- borang mentee
- pemerhatian - catatan dan rakaman video

6. Analisis data

7. Refleksi

Hasil Kajian

1. Kaedah ini mampu membangkitkan minat murid-murid, di samping mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran tilawah.
2. Murid dilihat dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan guru dan juga naqib.
3. Melalui kaedah ini pelajar dapat memahami secara mendalam dan mengetahui cara bacaan Al-Quran dengan betul.
4. Murid juga dapat mempelajari ilmu al-Quran secara langsung daripada guru dan ini akan mengelakkan murid-murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah.

Penilaian Terhadap Kajian

Pembentangan kajian tindakan yang dibentangkan memberi input yang berkesan kepada saya kerana ternyata kaedah ini sesuai digunakan dalam proses pengajaran untuk tilawah dan bacaan al-Quran. Teknik pengajaran menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah ini sesuai digunakan oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, bukan sahaja untuk mata pelajaran Pendidikan Islam tetapi boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain seperti yang memerlukan pelajar memahami sesuatu konsep, mengingati dan tahu mempraktikkan apa yang difahami. Pelajar akan berinteraksi dalam kumpulan atau interaksi antara individu dalam kumpulan tersebut dengan bantuan guru. Dalam proses ini pelajar digalakkan mengalami sendiri situasi dan masalah dan pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan hafalan.


Tajuk 2 : Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Melalui Kaedah Permainan Di Dalam Kelas 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching.

Pembentang - Nor Zira Bt Shafie (P48688), Norbahariah Bt Baharin (P48665)

Tujuan Kajian

1. Melahirkan pelajar yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan kritis dan memupuk minda kelas pertama
2. Guru juga perlu mengubahsuai atau mengadaptasi kaedah pengajaran sesuai dengan peredaran zaman di mana era globalisasi menjadi tunjang dalam pemikiran generasi masa kini.
3. Kaedah pengajaran yang tidak efektif juga menyebabkan pelajar bersikap pasif, malas berfikir dan tidak berdaya saing

Objektif Kajian

1. Pelajar akan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
2. Pelajar lebih berani dan berkeyakinan untuk memberi pendapat atau jawapan apabila disoal di dalam kelas
3. Pelajar dapat mengurangkan perasaaan malu bertanya terhadap isi pengajaran yang tidak difahami
4. Pelajar dapat memperkembangkan dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam pembelajaran.

Persoalan Kajian

1. Adakah kaedah permainan menggalakkan penglibatan aktif pelajar semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam kelas?
2. Adakah kaedah permainan dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam berinteraksi semasa P&P?
3. Adakah kaedah permainan dapat memperkembangkan aspek kemahiran berfikir secra kreatif dan kritis (KBKK) di kalangan pelajar?

Metodologi

Menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai panduan iaitu gelung 1 : Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan.

Sampel kajian adalah pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menegah Kebangsaan Bandar Rinching.

1. Refleksi awal

i) Masalah yang dikaji dikenalpasti selepas dua kali sesi pengajaran dijalankan.
ii) Refleksi dilakukan daripada markah Ujian Setara 2 Tingkatan 4 yang dijalankan pada bulan Ogos 2009 sebagai instrumen Pre-Test

2. Merancang

i) permainan yang dirancang bola hikmah, dam ular dan permainan dart.
ii) permainan ini akan dijalankan pada bulan Ogos sehingga awal bulan Oktober.

Kemudian kaedah permainan dirancang dan dilaksanakan iaitu bola hikmah, dam ular dan dart.

Bola hikmah Individu
- Muzik dimainkan
- Pelajar yang terakhir memegang bola dikehendaki menjawab soalan yang disediakan

Dam ular Berkumpulan
- Wakil kumpulan membaling dadu
- Setiap petak mengandungi soalan
- Pelajar akan maju petak jika berhenti di petak tangga dan berundur jika berhenti pada petak ular

Dart berkumpulan
- Wakil kumpulan membaling bola dart
- Mata yang diperolehi mewakili markah jika dapat menjawab soalan dengan betul
- 10 mata ditolak jika jawapan salah


Pengumpulan dan penganalisaan data

Pengumpulan data kemudian dilakukan melalui kaedah pre-test, pemerhatian, temubual, soal selidik dan post-test.

• Pre –test
- Ujian Setara 2 Tingkatan 4

– Pelajar lemah dalam bahagian subjektif terutama subjek sains
– Sebahagian besar pelajar meninggalkan ruang kosong pada bahagian subjektif
– Purata markah pelajar yang lulus 40%-45% seramai 7 orang

• Pemerhatian
i) Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
ii) Semasa sesi permainan

a) Sebelum kaedah permainan dijalankan, pelajar lebih gemar diam atau menjawab ‘tidak tahu’ apabila disoal
b) Selepas permainan, pelajar dilihat sudah berani mencuba walaupun kadangkala kurang tepat
c) Pelajar lebih kerap bertanya soalan jika tidak faham
d) Pelajar juga teruja semasa sesi permainan

• Temubual
i) Selepas ketiga-tiga permainan selesai

a) Pelajar berpendapat setiap guru sepatutnya menggunakan kaedah ini bagi setiap mata pelajaran
b) kaedah permainan di dalam kumpulan dapat membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi di dalam kelas
c) Ada pelajar mencadangkan permainan bercorak interaktif

• Soal selidik
i) 35 soalan diedarkan
ii) Julat markah 0-5 (sangat tidak setuju- sangat setuju)
iii) Soalan merangkumi sikap pelajar semasa p & p, kekuatan dan kelemahan kaedah permainan

a) 32 orang pelajar memberi markah 4 (setuju) dengan kaedah permainan yang digunakan
b) Responden bersetuju kaedah permainan dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan meningkatkan keyakinan

• Post-test
i) Ujian Penilaian akhir

a) Pelajar didapati lebih berani menjawab soalan subjektif
b) Peningkatan markah terutama pada subjek Sains kertas 2


Implikasi Kajian

Kajian ini membuktikan bahawa kaedah permainan dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu juga, kaedah yang berpusatkan pelajar akan lebih membantu meningkatkan keyakinan pelajar selain dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.


Penilaian Terhadap Kajian

Melalui kajian ini, jelaslah kaedah permainan mampu meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas selain memupuk keyakinan diri mereka menjadi sebahagian daripada ahli di dalam kelas tersebut. Kecenderungan pelajar untuk belajar pada kelas-kelas akan datang pastinya akan menjadi lebih baik dan memudahkan guru untuk memberi kesinambungan aktiviti yang berkaitan dengan permainan dan topik-topik baru.

Ahad, 8 November 2009

Aktiviti 2: Tugasan 2 - Jurnal

ULASAN JURNAL 1

Tajuk jurnal 1 : The contribution of action research to training teachers in intercultural education: A research in the field of Greek minority education

Penulis : Kostas Magos

APA MASALAH yang dijadikan kajian?

Adakah gaya pengajaran guru terhadap pelajar di dalam kelas boleh ditingkatkan menggunakan kajian tindakan dalam konteks pendidikan merentas budaya?

Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian?

Sampel kajian

• 9 orang guru (5 lelaki, 4 perempuan)
• Berumur antara 40 hingga 50 tahun
• Semua guru merupakan lepasan Maktab (College Teacher)
• Telah berkerja selama 20 ke 25 tahun sebagai guru

Setting kajian

• Dilakukan di sekolah minoriti yang pelajarnya tidak mempunyai identiti Greek
• Lokasinya di Thrace, utara Negara Greece bersempadan dengan Turkey
• Kebanyakan pelajar di sekolah minoriti ini adalah daripada kawasan Turks, Pomaks dan Roma yang rata-rata penduduknya beragama Islam


BAGAIMANA pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?

Kaedah kajian kes terhadap 9 orang guru

Dibahagikan kepada 3 kumpulan
i) Kumpulan 1 – 3 orang guru terlibat secara aktif menjalankan eksperimen (experimental group) yang menyertai kursus dalaman berkaitan pendidikan antara budaya selama 2 tahun dan menjalankan kajian tindakan selama 1 tahun dalam tempoh masa yang sama
ii) Kumpulan kawalan 1 – 3 orang guru yang hanya menyertai kursus dalaman berkaitan pendidikan antara budaya selama 2 tahun
iii) Kumpulan kawalan 2 – 3 orang guru tidak terlibat dalam kedua-dua keadaan di atas

Menggunakan Kemmis (1993) spiral model, tiga fasa iaitu merancang, melaksana dan mereflek dijalankan dalam 3 pusingan.

Pusingan 1 - dijalankan selama 2 bulan sebagai masa penyesuaian
Pusingan 2 - dijalankan selama 5 bulan untuk melaksanakan kajian tindakan
Pusingan 3 - dijalankan selama 2 bulan untuk membuat reflek terhadap hasilan kajian


BAGAIMANA pengkaji mengumpul dan menganalisis data kajian?

Kaedah mengumpul data

i) pemerhatian
pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian sepanjang proses kajian tindakan ini berlaku ke atas 9 orang guru terlibat. Semua dapatan direkod secara bertulis oleh pengkaji.

ii) Temubual

melalui kaedah temubual (kualitatif) di setiap pusingan, pengkaji membuat rumusan terhadap hasil dapatan


BAGAIMANA pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?

Hasil temubual dan pemerhatian diberikan dalam bentuk pernyataan.

Pusingan 1
• guru-guru dari ketiga-tiga kumpulan tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya baru di sekolah berkenaan
• guru daripada kumpulan 1 meragui kejayaan kajian tindakan yang dijalankan.

Pusingan 2
• guru-guru daripada kumpulan 1 mula menyesuaikan diri dan menjalankan pelbagai kaedah pembelajaran sebagai perolehan kajian tindakan mereka
• guru-guru kumpulan 2 dan 3 menjalankan pengajaran seperti biasa

Pusingan 3
• guru daripada kumpulan 1 membuat refleksi terhadap dapatan kajian mereka di dalam kelas berkaitan projek pendidikan merentas budaya ini menunjukkan penerimaan positif pelajar, ibubapa dan masyarakat sekitar
• guru kumpulan 2 menyatakan kawasan persekitaran luar sekolah boleh mempengaruhi pencapaian pelajar iaitu masyarakat itu sendiri termasuklah keluarga
• guru kumpulan 3 memberikan respon bahawa kegagalan pelajar adalah normal bagi etnik dan identiti budaya mereka (minoriti)


ULASAN JURNAL 2

Tajuk jurnal 2 : The effects of computer games on primary school students’ achievement and motivation in geography learning

Penulis : Hakan Tüzün, Meryem Yılmaz-Soylu, Türkan Karakuş, Yavuz İnal, Gonca Kızılkaya

Apakah MASALAH yang dijadikan kajian?

Adakah pencapaian dan motivasi pelajar terhadap subjek Geografi dapat ditingkatkan melalui kaedah permainan komputer?


Apakah SAMPEL KAJIAN dan di mana SETTING KAJIAN?

Sampel kajian

Seramai 24 orang pelajar tahun 4 dan 5 terlibat secara sukarela (12 lelaki, 12 perempuan)

Setting kajian

Sebuah sekolah swasta (private) di Ankara, Turki


BAGAIMANA pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?

Dijalankan selama 3 minggu, pelajar mempelajari tempat dan nama-nama negara melalui kaedah tradisional dalam minggu pertama dan menerusi permainan komputer Quest Atlantis (QA) ini pada minggu kedua dan ketiga

Minggu pertama - pelajar diberi pengenalan tentang topik kajian ini yang akan dijalankan selama 3 kali, sekali dalam seminggu. Ujian skala pencapaian dan motivasi versi sekolah dijalankan. Kemudian, satu aktiviti orientasi permainan ‘the scavenger hunt’ dijalankan secara berpasangan di makmal komputer. Dalam permainan ini pelajar diajar melayari ruang 3 dimensi, mencari dan menggunakan koordinat dan mengembara di alam maya.

Minggu kedua, ujian pre diberikan kepada pelajar. Kemudian, pelajar secara berpasangan melibatkan diri dalam permainan komputer Quest Atlantis (QA) yang berkaitan dengan matapelajaran geografi.

Minggu ketiga, permainan diteruskan. Pelajar diberi ujian post. Ujian skala pencapaian dan motivasi versi permainan juga dijalankan. Kemudian, pelajar diberi empat soalan terbuka berdasarkan instrumen penggunaan kertas.

Akhir sekali, penulis menemu bual dengan dua orang pemain.


BAGAIMANA pengkaji mengumpul dan menganalisis data kajian?

Kaedah kuantitatif

Ujian pencapaian (pre dan post) yang mengandungi 17 soalan pelbagai pilihan dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada minggu pertama dan minggu ketiga.

Ujian motivasi pula mengandungi 17 item untuk mengukur motivasi intrinsik dan 13 item untuk mengukur motivasi ekstrinsik.

Kaedah kualitatif

Pemerhatian dengan disokong oleh rakaman audio dan gambar

Temubual - Empat soalan terbuka diberi kepada pelajar selepas sesi pembelajaran dan dua orang pemain perempuan ditemu bual secara tidak formal pada akhir sesi minggu ketiga


BAGAIMANA pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?

Permainan komputer (ICT) boleh digunakan dalam menarik dan meningkatkan minat pelajar serta membantu mereka lebih memahami matapelajaran geografi.

Selain itu, kaedah permainan komputer mampu menjadikan suasana pembelajaran mereka menyeronokkan dan seterusnya meningkatkan gred pencapaian serta motivasi pelajar


ULASAN JURNAL 3
Tajuk Jurnal : Using Action Research To Teach students To manage team Learning and Improve Teamwork Satisfaction.

Penulis : Brenda Scott-Ladd and Christopher C. A. Chan

APA MASALAH yang dijadikan kajian

Apakah strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mambangunkan kemahiran dalam menguruskan kumpulan pembelajaran

Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian?

Sample kajian
- 2 kumpulan pelajar (pra siswazah selama 2 tahun) dari bidang pengurusan
( kumpulan 1 = 196 pelajar) dan (kumpulan 2 = 114 pelajar)

- Semester 1 seramai 196 pelajar
107 orang lelaki dan 89 org perempuan
151 pelajar di Australia dan 45 pelajar di Malaysia

- Semester 2 seramai 114 pelajar
55 orang lelaki dan 59 perempuan
131 pelajar di Australia dan 21 pelajar di Malaysia

Setting kajian
Universiti di Australia dan Malaysia

BAGAIMANA pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?

• Mengunakan Model Town et al. (2000) dan Kuit et al. (2001)
• 2 kelas pelajar tahun 2 pra siswazah selama 2 tahun
• Data dikumpul pada permulaan dan penghujung bengkel 1 semesta ( 16 minggu) dengan 13 minggu berhubungan
• Awal semester - mengenalpasti kelemahan dan kekuatan individu yang termasuk dalam kumpulan
• Memikirkan peranan, penglibatan dan peringkat perkembangan kumpulan
• Akhir semester: Maklum balas kepuasan prestasi kumpulan dan konflik pengurusan selepas penyertaan
• Semester 1: 196 pelajar - 107 orang lelaki dan 89 org perempuan (151 pelajar di Australia dan 45 pelajar di Malaysia)
• Semester 2: 114 pelajar - 55 orang lelaki dan 59 perempuan (131 pelajar di Australia dan 21 pelajar di Malaysia)
• Semester 3: 114 orang (55 lelaki dan 59 perempuan)
• Semester 4: 99 orang (46 lelaki dan 53 perempuan)
• Skala: 1 sangat negatif, 3 neutral @ tidak pasti dan 5 sangat positif
• Pelajar diberi nombor rahsia yang berturutan secara rawak
• Pelajar dibenar menyimpan salinan jawapan mereka dan membuat perbandingan dengan agregat kelas serta pelajar lain.

BAGAIMANA pengkaji mengumpul dan menganalisis data kajian?

Teknik Pengumpulan Data

Pengumpulan data dibuat dalam tempoh 16 minggu dari awal hingga akhir semester untuk mengetahui apakah kekuatan dan kelemahan pelajar yang dibawa dalam kumpulan dan strategi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kerja secara kumpulan.

Pengumpulan data adalah secara soal selidik melalui soalan-soalan berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kumpulan.

Pengukuran data pertama: 56 perkara
- 15 perkara mengikut versi Rahim (1983) iaitu penguasaan, kerjasama, pengekalan, penyesuaian dan kompromi (kata sepakat)
- Pelajar yang berkumpulan versus individu diukur menggunakan 5 perkara
- Kerjasama versus bebas diukur dengan mengunakan 2 skala dan 8 perkara mengkut Barnes dan Owens (1992).
- Kaedah pembelajaran 8 perkara berpasangan mengikut Kolb dalam Lussier dan Paulos.
- Kecenderungan seperti selia, buat, rasa dan fikir
- 5 soalan demografik

Pengukuran data kedua:
- Kebebasan, Kolektif dan kerjasama telah diganti dengan peranan sifat
- 5 soalan setiap satu : Pandangan individu mengenai kepimpinan, komunikasi, interpersonal, keupayaan menyelesaikan masalah dan aspirasi.
- Soalan demografik akhir tahun: 13 perkara mengenai kepuasan pelahar dan konflik pengurusan

Analisis data
- Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk Cronbach Alpa Benchmark, t-test dan korelasi.
- Penghuraian hasil kajian adalah terhad kerana mempunyai 56 item yang mana setiap item menghasilkan dapatan yang pelbagai

BAGAIMANA pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?

Kajian dipaparkan dalam bentuk Jadual

Keputusan menunjukkan apabila pelajar diajar untuk menguruskan proses kerjasama dan tanggungjawab dalam pengurusan konflik dan hubungan antara pasukan, didapati konflik dan hubungan sosial berkurangan dan berpuas hati dengan hasil pembelajaran.

Aktiviti 1: Tugasan 1 + Buku

Apa yang dimaksudkan Kajian Tindakan?


1. Tajuk Buku : Action Research in the Classroom
Penulis : Vivienne Baumfield, Elainen Hall and Kate Wall

1.Apa itu kajian tindakan?

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang timbul/wujud daripada permasaalahan yang diutarakan oleh guru/pengkaji bagi mengenalpasti fokus kepada kajian yang hendak dilakukan di dalam kelas dan hasil daripada permasaalahan yang dikemukakan, kajian tindakan akan dilakukan dan ianya di terapkan melalui lingkaran model kajian tindakan yang sesuai( Kemmis & McTaggart (1988)).

Ianya melibatkan 2 proses iaitu :
i. persoalan dan
ii. hasil daripada persoalan yang dikemukakan

Kajian tindakan dilakukan bertujuan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul.

Menerangkan tentang kepentingan penyataan masalah oleh guru melalui kajian tindakan untuk membangunkan dan membuat pembaharuan dalam cara mengajar dan proses pembelajaran.

2. MENGAPA guru melakukan KT?

Guru melakukan kajian tindakan adalah untuk membangunkan dan membuat pembaharuan terhadap pengajaran dan pembelajaran mereka.Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid.

Sesuatu Kajian Tindakan dilakukan bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran dan membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.

Amalan pengajaran yang berkesan adalah penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

3. BILA guru melakukan KT

Kajian ini dilakukan oleh penyelidik apabila timbul atau wujud sesuatu permasalahan di persekitaran yang telah dikenalpasti oleh penyelidik dan bagaimana cara atau kaedah yang dapat digunakan oleh penyelidik bagi mengatasi masalah tersebut.

4. DI MANA guru melakukan KT?

Kajian dilakukan dengan kerjasama guru dan pelajar dalam pendidikan awal guru dalam sistem pendidikan.Kajian dilakukan di dalam kelas.

5. BAGAIMANA guru melakukan KT? Dapatkan model reka bentuk kajian tindakan / prosedur / pengumpulan dan penganalisisan data

Dalam proses pembelajaran di bilik darjah, tiap-tiap kemahiran lazimnya dipelajari satu per satu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah pembelajaran di tangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi langkah iaitu merancang, bertindak, mengkaji semula (plan-do-review). Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan.seperti yang dinyakan dalam model Kemmis dan McTaggard (1988).

Model reka bentuk kajian tindakan/prosedur
1) Model Kemmis & McTaggard (1998)
- model ini melibatkan 3 proses iaitu :
Plan - Do - Review
-

2) Model dinamik kitaran kajian tindakan
- model ini menjelaskan tentang kajian tindakan yang mencerminkan kepelbagaian amalan tetapi lebih menyerupai diskriptif. Pemahaman tentang kajian tindakan wujud daripada tiga aspek utama kajian iaitu :
i. Tujuan persoalan - terbahagi kepada dua iaitu :
# Agensi (Pihak yang terlibat)
merujuk kepada pengetahuan sedia ada penyelidik terhadap persoalan, kaedah
kajian, analisi dan tafsiran data.
# Dorongan - dorongan terhadap penyataan masalah bagi kajian tindakan di sekolah.

ii. Proses pertanyaan yang diutarakan
# Alatan -merujuk kepada kaedah penyelidikan yang dilakukan seperti pemerhatian, soal selidik, temubual atau markah ujian dan setiap kaedah yang di gunakan ialah untuk mendapatkan data.
# Analisis - data yang dipeolehi di analisis untuk membuktikan kesahannya. Ianya dilakukan untuk menjana satu gambaran dan satu hipotesis baru.

iii. Perkongsian dapatan dengan peserta lain
# Menyuarakan pendapat - penyebaran adalah sebahagian daripada projek, ia mendedahkan sesuatu yang penting berkenaan tujuan persoalan yang dikenalpasti oleh penyelidik.

# masyarakat terpinggir

Pengumpulan dan peganalisisan data
1) Data Kualitatif - lebih kepada pemerhatian dan huraian
2) Data Kuantitatif - berbentuk nombor


2. Tajuk Buku : Action Research for Teachers, Second Edition
Penulis : Mary Louise Holly, Joanne Arhar, Wendy Kasten
Penerbit : PEARSON, Merril Prentice Hall
Tahun Terbitan : 2005

1. Maksud kajian tindakan

Kajian tindakan adalah pelaksanaan kajian yang menyumbang kepada pembinaan prinsip dan teori dan dalam masa yang sama berorentasikan tindakan.

Kajian tindakan juga dilihat sebagai pembangunan professional

Kajian tindakan melibatkan ilmu pengetahuan, amalan dan pembangunan yang tidak dipisahkan.

Kajian melibatkan komitmen beretika dimana pengetahuan dan amalan sedia ada membolehkan pendekatan penyelesaian masalah digunakan untuk memperbaiki institusi masyarakat, memperbaiki diri sendiri dan memperbaiki kehidupan sejagat


2. MENGAPA guru melakukan KT?

Guru melakukan kajian tindakan adalah untuk membangunkan dan membuat pembaharuan terhadap pengajaran dan pembelajaran mereka.Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid.

Sesuatu Kajian Tindakan dilakukan bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran dan membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.

Amalan pengajaran yang berkesan adalah penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar.


3. BILA guru melakukan KT?

Kajian ini dilakukan oleh penyelidik apabila timbul atau wujud sesuatu permasalahan di persekitaran yang telah dikenalpasti oleh penyelidik dan bagaimana cara atau kaedah yang dapat digunakan oleh penyelidik bagi mengatasi masalah tersebut.


4. DI MANA guru melakukan KT?

Kajian dilakukan dengan kerjasama guru dan pelajar dalam pendidikan awal guru dalam sistem pendidikan.Kajian dilakukan di dalam kelas.


5. BAGAIMANA guru melakukan KT?

Dapatkan model reka bentuk kajian tindakan / prosedur / pengumpulan dan penganalisisan data

Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi langkah iaitu menilai, bertindak, memerhati (Reflect - Act - Observe). Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan.seperti yang dinyatakan dalam model Kemmis dan McTaggard (1988).

Model reka bentuk kajian tindakan/prosedur

1) Model Kemmis & McTaggard (1998)
- model ini melibatkan 3 proses iaitu Reflect - Act - Observe

Tugasan Kelas: Nota - Rekabentuk Kajian Tindakan

Konsep kajian tindakan

Kajian tindakan menggabungkan satu tindakan yang mempunyai kepentingan dengan satu prosedur kajian. Ia merupakan tindakan bersifat individu dan berasaskan inkuiri yang bertujuan untuk melaksanakan proses penambahbaikan dan perubahan. Kajian tindakan yang paling mudah dilakukan oleh guru adalah kajian bilik darjah (classroom research), dan proses P&P adalah dasar kepada kajian bilik darjah.

Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan

Guru perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan pengajarannya atau rakan setugas, untuk menguji teori pendidikan secara praktikal, atau untuk menilai dan melaksanakan prosedur sekolah. Dengan membuat kajian tindakan, guru akan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk proses P&P. Guru juga perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme guru kerana melalui kajian untuk memperbaiki diri akan menjadikan guru lebih profesional dalam tindakan mereka.


Pengertian Tentang Kajian Tindakan

Kajian Tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaan antara Kajian Tindakan dengan penyelidikan pendidikan tradisi atau konvensional yang selalu dilaksanakan dalam pendidikan. Perbezaan yang dihuraikan di sini dibataskan kepada beberapa aspek kajian tradisi yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dalam memahami Kajian Tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.

Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.

Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.

Merancang
Aspek perancangan merupakan aspek yang paling penting sebelum memulakan kajian kerana dari proses perancangan ini, penyelidik dapat memahami perkara-perkara yang patut diambil perhatian sebelum dilaksanakan. Perancangan yang rapi akan menentukan kajian yang dijalankan dapat berjalan dengan teratur, terancang dan sistematik untuk memudahkan pencapaian objektif kajian yang telah ditetapkan.

Bertindak
Setelah peringkat perancangan P&P dijalankan mengikut langkah-langkah pengajaran yang telah disediakan, langkah seterusnya ialah melaksanakan tindakan (bertindak) dalam melaksanakan aktiviti yang dirancangkan di dalam bilik darjah. Pelaksanaan aktiviti lazimnya dilakukan berdasarkan analisis data yang telah dikumpulkan oleh guru sebelum memulakan P&P di dalam kelas. Dalam onteks ini, keberkesanan aktiviti masih diperingkat tidak dapat dipastikan lagi.

Lazimnya, aktiviti yang dilaksanakan adalah melalui proses 'cuba-jaya', iaitu pelaksanaan aktiviti yang memerlukan penambahbaikan selepas aktiviti selesai dilaksanakan. Sekiranya pelaksanaan peringkat pertama tidak berjaya, aktiviti yang dirancang itu perlu diperbaiki atau diubahsuai dan dilaksanakan dalam pelajaran seterusnya.Proses cuba-jaya dilaksanakan berterusan sehingga berlaku perubahan iaitu pencapaian murid meningkat ke tahap yang lebih baik dari pada masa lepas.

Pemerhatian
Dalam peringkat pemerhatian yang dijalankan ini merupakan salah satu kaedah pengumpulan data. Hasil dapatan kajian atau rumusan tentang kajian yang dijalankan adalah bergantung kepada data-data yang telah dikumpulkan sepanjang kajian tersebut dijalankan.

Data adalah bukti kepada kebenaran tentang sesuatu kajian. Sesuatu rumusan atau kenyataan yang dibuat tanpa berlandaskan data adalah merupakan andaian. Data boleh dikutip secara berpasukan melalui guru sebagai penyelidik, murid dalam darjah yang terlibat atau rakan guru.

Oleh itu, semasa pelaksanaan pengumpulan data, perkara utama yang harus di ambil kira oleh pengkaji ialah dari segi langkah pemerhatian supaya proses pengumpulan data berjalan dengan baik dan menepati keadaan yang sebenar. Adalah penting bagi pengkaji menentukan cara dan alat pengumpulan data sebelum melaksanakan pemerhatian terhadap kajian.

Refleksi
Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses P&P berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa mengimbas kembali pelaksanaan proses P&P, penyelidik cuba menilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan P&P serta reaksi penyelidik dan murid semasa kajian dilakukan. Selain daripada menghuraikan proses P&P, guru juga boleh menyelami perasaannya sendiri tentang kesulitan, kejayaan, kelemahan, keseronokan, keinsafan dan sebagainya setelah melaksanakan kajian.



Model-model Kajian Tindakan














Model 1: Kemmis’s action research spiral– model ini dikatakan terlalu ringkas dan boleh menimbulkan tanggapan bahawa proses kajian tindakan adalah sesuatu yang mudah dan jelas. Proses kajian tindakan ini bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas sesuatu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.

Seterusnya, guru perlu menyediakan pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan.

Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1). Jika masalah itu tidak dapat diselesaikan, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan.

Pada Gelungan Kedua guru perlu membuat refleksi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada penghujungnya (finality).

Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan metilah bersifat pragmatik dan memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.














Model 2: Ebbutt’s model – proses kajian tindakan adalah kitaran berturutan di mana maklumbalas boleh berlaku di dalam dan di antara kitaran tersebut. Ia satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif. Ianya merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.




















Model 3: Elliott’s action research model – lebih mendalam berbanding model Kemmis serta menunjukkan proses yang terlibat adalah lebih sukar dan ‘reconnaissance’ (tinjauan awal untuk mendapat idea umum) perlu sentiasa dilakukan.














Model 4: McKernan’s action research model – memperkenalkan model ‘proses masa’ yang menyarankan agar ‘masalah’ kajian tindakan ini tidak menjadi terlalu terikat dengan masa