Isnin, 26 Oktober 2009

TUGASAN KELAS

Mengapa kajian tindakan adalah penting bagi guru?

1. Satu keperluan untuk guru memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

2. Membantu memperbaiki atau mengubah kebiasaan amalan atau budaya guru dalam proses penyampaian P&P

3. Menyediakan ruang untuk menggalakkan guru menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam meyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid

4. Guru dapat mencuba kepelbagaian pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai bagi membantu pembelajaran murid

5. Membantu guru memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri

6. Mewujudkan suasana persekolahan yang sihat dalam mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar dari aspek saling pergantungan positif untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama

7. Guru berperanan sebagai penyelidik yang sentiasa menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik hasil penambahbaikan yang berterusan

8. Guru menjadi agen penilaian kualiti dan pemangkin dalam penghasilan modal insan daripada kebolehannya memberikan reflektif

9. Mewujudkan perkongsian idea serta semangat kekitaan sesama guru dalam proses pelaksanaan kajian

10. Menguji akauntabiliti seorang guru serta memberi kemahiran interaksi bersemuka yang tinggi dalam melakukan kajian tindakan